Monday 2 November 2015

KAFA INTEGRASI TAHFIZ DARUL MA'WA (LELAKI & PEREMPUAN)

Pengambilan (2016) untuk tahun 1, 2, 3 sehingga 6 telah dibuka untuk pendaftaran. Lokasi terletak di Taman Mentari (berhadapan stesen minyak Teguh), Sg Lalang, Semenyih.

Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) menggunapakai kurikulum JAIS dan JAKIM. (Laman Web JAIS)

Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh JAIS.

Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.

MATA PELAJARAN

Tahap 1
Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Asas Jawi dan Bahasa Arab.

Tahap 2
Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 mempunyai tambahan 4 lagi subjek yaitu Tajwid, Khat, Sirah dan Imlak.

WAKTU PERSEKOLAHAN

Sesi pagi : 7.30 pagi - 10.40 pagi
Sesi petang : 2.30 ptg - 5.45 ptg

PAKEJ PERSEKOLAHAN

Pengangkutan ke Sekolah Kebangsaan
Kemudahan Taska & Transit

YURAN PENGAJIAN

Hanya RM60 sebulan

Hubungi (SMS / WhatsApps) di talian 0172406423 ( Ustaz Faris ) atau 0173483166 ( Ustazah Wahida )

SEK. REN. ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL MA'WA (TAHFIZ LELAKI & PEREMPUAN)

Sekolah tahfiz integrasi swasta yg PERTAMA di Semenyih.

Pengambilan (2016) untuk tahun 1, 2, 3 sehingga 6 telah dibuka untuk pendaftaran. Lokasi terletak di Taman Mentari (berhadapan stesen minyak Teguh), Sg Lalang, Semenyih.

Nama sekolah: SRI INTEGRASI TAHFIZ DARUL MA'WA (SRIIT)

SRIIT ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan agama dan akademik, khususnya bidang TAHFIZ.

Kurikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA).

Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al Quran.

PAKEJ PERSEKOLAHAN

- Kemudahan Pengangkutan

KURIKULUM

- Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al-Quran
- Kurikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
- Menggunakan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA)

WAKTU PERSEKOLAHAN

- 8.00 pagi - 5.00 petang ( Setiap hari Isnin hingga Khamis )
- 8.00 pagi - 12.30 tengahari ( Jumaat sahaja )

YURAN PENGAJIAN

Hanya RM315 sebulan (termasuk makan & minum)

Hubungi (SMS / WhatsApps) di talian 0172406423 ( Ustaz Faris ) atau 0173483166 ( Ustazah Wahida )


JADUAL ANGGARAN KOS PERBELANJAAN YURAN PENGAJIAN



MADRASAH TAHFIZ DARUL MA'WA LIL BANAT (TAHFIZ PEREMPUAN)

MADRASAH TAHFIZ DARUL MA'WA LIL BANAT (TAHFIZ PEREMPUAN) telah ditubuhkan dan pendaftaran dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak - anak untuk mendalami ilmu Al Quran,

Tahfiz ini dibuka untuk pembelajaran SEPENUH MASA.

Pembelajaran separuh masa terbuka untuk kelas mengaji orang dewasa dan kanak - kanak bersama - sama para hafizah untuk penduduk disekitarnya.

Hubungi (SMS / WhatsApps) di talian 0172406423 ( Ustaz Faris ) atau 0173483166 ( Ustazah Wahida )



MADRASAH TAHFIZ DARUL MA'WA (TAHFIZ LELAKI)

Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa yang  terletak di Lot 3285 – 26, Batu 23, Kg Sungai Lui, Hulu Langat telah ditubuhkan pada 10 Ogos,  2014. Sehingga kini telah memuatkan 20 orang pelajar tahfiz dari Daerah Hulu Langat dan kawasan persekitarannya. Pada ketika ini, ia dibimbing oleh gurunya Ustaz Farizkhan.
Madrasah ini berupaya memuatkan sehingga 60 orang pelajar. Pihak pengurusan tahfiz mengalu-alukan kedatangan pelajar baru bagi menggiatkan aktiviti pembelajaran di sini. Bagi mereka yang berminat untuk belajar di sini, mereka boleh  menghubungi (atau SMS / WhatsApp) ke Ustaz Farizkhan: 0172406423.


Sunday 1 November 2015

SEK. REN. ISLAM INTEGRASI TAHFIZ (SRIIT) DARUL MA'WA

PENGENALAN

- SRIIT DARUL MA'WA tercetus daripada Madrasah Tahfiz Darul Ma'wa.
- Ditubuhkan ke arah kesinambungan gabungan sistem persekolahan berteraskan sistem Tahfiz, pendidikan akademik dan agama.
- Matlamat penubuhan adalah dengan hasrat agar selari dengan keperluan masyarakat bagi mewujudkan persekitaran dan suasana keilmuan anak mereka menurut acuan al-Quran dan al-Sunnah, menjadikan mereka lebih maju dan mantap dari segi sahsiah, Tahfiz al-Quran, pendidikan Islam dan akademik.


VISI SEKOLAH

1) Mengharapkan keredhaan Allah SWT
2) Melahirkan generasi pra-Hafiz professional
3) Melahirkan insan yang berilmu dan beramal
4) Melahirkan insan yang berjaya dunia dan akhirat


MISI SEKOLAH

1) Melahirkan si cilik Hafiz yang berjaya.
2) Menyediakan teknik penghafazan al-Quran bermodul dan bersanad.
3) Menyediakan pembimbing yang dapat melahirkan golongan Hafiz yang berkualiti.
4) Melahirkan Hafiz yang berakhlak mulia, berdedikasi, soleh dan solehah.
5) Melatih ke arah penguasaan bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
6) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sentiasa diterapkan dengan acuan al-Quran dan al-Sunnah.


FALSAFAH
Sistem Tahfiz dan Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan al-Quran dan al-Sunnah. Ke arah membentuk keperibadian yang mulia dan berakhlak, di samping memikul amanah sebagai Khalifah yang dapat mentadbir dengan penuh tanggungjawab pada masyarakat serta dapat mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat.