TAHFIZ LELAKI

MADRASAH TAHFIZ DARUL MA'WA (TAHFIZ LELAKI)

Madrasah Tahfiz Darul Ma’wa yang  terletak di Lot 3285 – 26, Batu 23, Kg Sungai Lui, Hulu Langat telah ditubuhkan pada 10 Ogos,  2014. Sehingga kini telah memuatkan 20 orang pelajar tahfiz dari Daerah Hulu Langat dan kawasan persekitarannya. Pada ketika ini, ia dibimbing oleh gurunya Ustaz Farizkhan.
Madrasah ini berupaya memuatkan sehingga 60 orang pelajar. Pihak pengurusan tahfiz mengalu-alukan kedatangan pelajar baru bagi menggiatkan aktiviti pembelajaran di sini. Bagi mereka yang berminat untuk belajar di sini, mereka boleh  menghubungi (atau SMS / WhatsApp) ke Ustaz Farizkhan: 0172406423.


No comments:

Post a Comment